Autisme merupakan kecacatan neurologi dimana pesakit mengalami masalah seperti perhubungan
social, komonukasi emosi serta pergerakan terbatas dan berulang. Walaupun masih
ditakrifkan sebagai gangguan perkembangan, kajian menunjukkan bahawa tindak
balas sistem imun boleh berlaku. Keradangan adalah salah satu daripada tindak
balas tersebut.
Dr. Reuven Yagil, seorang pakar unta Israel berkata
bahawa Autism bukan kesakitan pada otak tetapi penyakit autoimun yang menyakitkan
terutamanya usus. Saintis Amerika-Israel Dr.Amnon Gonenne bersetuju bahawa
dalam beberapa kes autism yang menunjukkan simtom alahan, terdapat komponen radang
yang aktif. Dr. Gonenne percaya bahawa susu unta dapat meredakan keradangan
usus dan ini disetujui oleh Eyal Lifshits, pemilik Milk From Eden Camel Farm.
Dr.Yagil telah melakukan kajian terhadap budak –budak autism
pada 2005 dan beliau telah melihat hasilnya dimana budak-budak tersebut mula
melakuka hubungan mata dengan baik serta pergaulan yang turut meningkat.
Kajian Dr.Yagil: http://www.bio-asli.com/kopisusuunta/downloadarticle/etiology%20of%20autism%20-yagil.pdf
Testimoni
***
“Anak saya”, kata Christina Adams, “ telah disahkan
mengalami Autism Spectrum Disorder (ASD) pada umur tiga tahun. Dia mula tidak
bercakap pada umur 15-18 bulan, sentiasa hiperaktif, sensitif terhadap bunyi
serta suka memerhatikan objek dan air. Dia mengalami masalah dalam berinteraksi
dengan orang lain.”
Christina telah
bertemu dengan seorang lelaki yang membawa unta ke sebuah pameran buku dan
lelaki itu memberitahu Christina bahawa susu unta telah diberikan kepada bayi
kurang matang di Asia Tengah dan dikatakan tidak membawa allergi.
Christina merasakan bahawa susu unta merupakan pengganti
susu yang baik kerana ia mungkin dapat meningkatkan kesihatan anaknya. Beliau membeli
susu unta daripada Palestin dan memberi kepada anaknya. Esok harinya, anaknya
mnunjukkan perkembangan yang menakjubkan dimana dia mula melakukan hubungan
mata dengan baik, belaku peningkatan komunikasi serta ekspresi emosi dan
pengurusan diri sendiri.
***
Ibu kepada dua kanak-kanak, Zeba Khan berkata “ Anak saya telah
diperiksa oleh sekurang-kurangnya 3 pakar kanak-kanak dan mereka akan berkata “Berikan
dia sedikit masa”. Namun, itu adalah perkara yang paling teruk untuk dilakukan
kerana dengan kanak-kanak autistik, perkara tersebut haruslah diubati dari
awal. Anak saya tidak berkata apa-apa sehingga umur 4 tahun.”
Kini, apabila beliau
memberikan anaknya susu unta, anaknya telah menunjukkan peningkatan.
***
Nicole Antunes telah melahirkan seorang bayi perempuan dalam
keadaan sihat. Namun, apabila anaknya mencecah umur 3 hingga 4 minggu, bayi
tersebut mula menunjukkan simptom-simptom aneh seperti tidak mahu menyusu susu
ibu mahupun susu formula dan juga muntah-muntah. Semakin besar, anaknya mula
menjadi hiperaktif dan mendapat Rot-a-virus, RSV dan ruam memenuhi badannya.
Kebanyakan orang mengatakan bahawa ia adalah normal dan ia
mungkin hanyalah alahan makanan. Beliau mula membataskan makanan anaknya dan
mencari tahu mengenai alahan anknya. Apabila dia mendengar mengenai susu unta
daripada rakannya yang turut mempunyai anak autistik, beliau tidak membuaung
masa dan terus mendapatkan susu unta daripada ladang tempatan.
Selepas beberapa jam, anaknya mula menunjukkan peningkatan
dalam komunikasi. Anaknya tidur dengan nyenyak dan keesokan paginya, anaknya
mula muntah-muntah. Nicole risau dan mula bertanyakan mengenai masalah tersebut
namun beliau diberitahu bahawa proses muntah-muntah merupakan salah satu cara
badan kita menyahtoksinkan dirinya.
Selepas itu, anaknya kebali normal dan menunjukkan
ketenangan, focus, dan hubungan mata.
Nicole dan rakannya telah membuat satu laman di facebook
mengenai hal ini. Di sini, ibu bapa kepada kanak-kanak autistic telah berkongsi
pengalaman mereka dengan penggunaan susu unta. Sila layari laman web Facebook Healing with Camel Milk untuk maklumat lanjut mengenai kesan susu unta terhadap kanak-kanak autistik.
No comments:
Post a Comment