Kebaikan Susu Unta
Susu unta telah diamalkan oleh masyarakt Badwi, pastoral dan nomad semenjak bermulanya proses domestikasi unta beribu tahun dahulu. Penternakan unta merupakan alternatif bagi penternakan lembu di kawasan kering dimana penternakan lembu menggunakan lebih banyak bekalan air dan kuasa elektrik. Susu unta telah disahkan sebagai susu tersihat selepas susu ibu.
Terdapat pelbagai kelebihan susu unta. Antaranya ialah:* Kaya dengan protein yang mengandungi antimikrob, iaitu sesuatu bahan yang menentang mikrob (mikrooraganisma pembawa penyakit), serta aktiviti perlindungan. Bahan ini hanya terdapat dalam jumlah yang sedikit atau tiada langsung dalam susu lembu. Bahan ini juga berfunsi sebagai pembersih semula jadi dan merupakan rawatan bagus bagi mereka yang mengalami masalah jerawat dan Ekzema.
* Mempunyai nutrien yang cukup untuk seseorang individu bagi hari tersebut.
* Diberikan kepada bayi yang mengalami malnutrisi.
* Mengandungi kandungan asid linoleik yang tinggi, dimana ia merupakan salah satu keperluan asas badan kita yang tidak boleh menghasilkan asid linoleik sendiri.
* Mempunyai kandungan vitamin dan mineral yang tinggi serta immunoglobin yang tinggi. Immunoglobin berfungsi sebagai antibodi untuk melawan penyakit dan ia menguatkan sistem pertahanan badan. Ini boleh menyembuhkan penyakit autism.
* Mempunyai kandungan laktosa yang lebih rendah berbanding susu lembu dan senang dihadam oleh mereka yang mempunyai intoleraksi terhadap laktosa.
* Mempunyai kandungan potassium, magnesium, besi, kuprum, mangan, sodium dan zink yang lebih tinggi daripada susu lembu.
* Mempunyai kandungan kolestrol yang lebih rendah berbanding susu lembu.
* Mempunyai kandungan vitamin C yang tiga kali ganda lebih tinggi dan zat besi yang sepuluh kalli ganda lebih tinggi dari susu lembu.
* Tinggi dalam kandungan asid lemak tak tepu yang lebih senang dihadam dan juga tinggi dalam vitamin B berbanding dengan susu lembu. Walau bagaimanapun, susu unta mengandungi kandungan vitamin A dan B2 yang lebih rendah berbanding susu lembu.
*Mengandungi lebih banyak protein dan kandungan lemak yang rendah berbanding susu lembu.
*Mengandungi sifat anti-tumor bagi mencegah atau merawat kanser
* Mengandungi sifat antiviral yang boleh mengurangkan keradangan hati dan mengandungi banyak nutrisi yang baagus untuk kesihatan hati.
* Mengandungi asid alfa-hidroksil yang bertindak sebagai agen anti penuaan.
*Mempunyai sifat-sifat penawar yang melindungi badan dari kecederaan oksidatif. Sifat ini bagus bagi mereka yang mengalami Thalassemia.
* Mengandungi laktoferrin yang akan menghilangkan zat besi bebas dari sendi-sendi tulang pesakit Arthritis.
* Mengandungi antibakteria dan antiviral yang dapat memusnahkan mikobakterium batuk kering.
*Susu unta boleh dibekukan tanpa kehilangan nutriennya
*Susu unta tidak akan menggumpal apabila bertindak balas dengan asid atau enzim perut, menyebabkannya terhadam dengan mudah.
No comments:
Post a Comment